Abdullah: OIC perlu bantu tingkat ekonomi negara anggota miskin
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang kini dipengerusikan oleh Malaysia, perlu memfokuskan kepada usaha bersama untuk membangunan ekonomi kebanyakan anggotanya yang merupakan negara paling mundur.
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang kini dipengerusikan oleh Malaysia, perlu memfokuskan kepada usaha bersama untuk membangunan ekonomi kebanyakan anggotanya yang merupakan negara paling mundur.
Ketika menggesa demikian, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata usaha seumpama itu seiring dengan dasar "memakmurkan jiran" yang diamalkan oleh Malaysia yang telah berjaya membawa kemakmuran kepada jiran-jirannya.
Dalam kata lain, adalah penting untuk "memberikan keutamaan terhadap ekonomi OIC", kata Abdullah dalam ucaptamanya di Forum dan PameranPerdagangan OIC yang diadakan bersempena mesyuarat Tahunan Lembaga GabenorBank Pembangunan Islam (IDB) ke-30 di sini.
Katanya, Sistem Keutamaan Perdagangan OIC untuk mengurangkan tarif dan meluaskan akses pasaran, merupakan satu cara bagi negara anggota mempertingkatkan dagangan dalam OIC.
"Saya harap sistem ini boleh digunapakai atau satu sistem lain digunakan untuk meningkatkan lagi penglibatan negara anggota yang kurang maju dalam pembangunan ekonomi secara keseluruhannnya," kata Abdullah yang juga merupakan Menteri Kewangan.
Turut hadir di majlis perasmian itu ialah presiden IDB Dr AhmedMohamed Ali, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Rafidah Aziz dan Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
Abdullah memaklumkan kepada hadirin mengenai statistik mengenai segelintir anggota OIC yang memiliki kekayaan yang besar, sedangkan sebahagian besar daripada 57 anggota pertubuhan itu adalah miskin.
Pendapatan perkapita rendah
Menurutnya, 10 daripada 11 anggota Negara-negara PertubuhanPengeksport Petroleum (Opec) adalah anggota OIC di mana Arab Saudi, Iraq,Iran, Emiriyah Arab Bersatu dan Kuwait memiliki 700 bilion tong simpanan minyak.
Ketidakseimbangan ekonomi, kata beliau, begitu ketara memandangkanKeluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita enam anggota terkayanya melebihi AS$10,000 setahun sedangkan 45 negara lain mempunyai pendapatan perkapita kurang daripada AS$1,000.
Abdullah turut melahirkan rasa tidak senang dengan statistik pengangguran yang menunjukkan kadarnya antara tiga hingga 20 peratus di negara-negara OIC.
Melihatkan kepada tahap pembangunan yang pelbagai dan berbeza-beza itu,beliau berkata, adalah sukar untuk menggunakan hanya satu model ekonomi untuk menangani masalah yang dihadapi oleh perkumpulan itu.
Beliau memberi contoh kekayaan yang diraih menerusi perdagangan, pengembangan pelaburan, akses kepada kredit, peningkatan pendidikan danpembangunan sumber manusia sebagai ramuan ke arah masa depan ekonomi yanglebih cerah bagi pertubuhan itu.
Perdana Menteri menegaskan pembangunan ekonomi sesebuah negara tidak hanya bergantung kepada komoditi semulajadi semata-mata tetapi juga pembangunan modal manusia.
"Marilah kita bekerjasama untuk beralih daripada pengeluar komoditi kepada pengeluar produk hiliran tokokan nilai tinggi," katanya.
Abdullah juga menyarankan negara-negara Islam untuk memanfaatkan kelebihan semulajadi mereka bagi menjadikan inisiatif ekonomi suatu kejayaan.
Perhimpunan komuniti OIC
Beliau menyebut contoh produk "halal", perbankan Islam dan perkhidmatan, pendidikan dan pelancongan sebagai antara kekuatan dunia Islam.
Malaysia, katanya, bersedia untuk berkongsi pengalaman dalam membangunkan standard halal dan pendahuluan yang bersesuaian dalam perbankan Islam.
Abdullah menyifatkan perhimpunan komuniti perniagaan OIC di sini sebagai satu peristiwa yang sangat penting ke arah kerjasama ekonomi yanglebih erat dan perpaduan di kalangan negara anggota.
"Kesudahannya, sektor perniagaanlah yang akan membawa hasil kepada program yang dilaksanakan oleh kerajaan OIC," katanya.
Meskipun OIC telah menubuhkan prasarana yang perlu dalam bentuk pelbagai institusi seperti IDB dan Dewan Perniagaan dan Industri Islam, ianya terserah kepada kerajaan dan komuniti perniagaan untuk menggunakandengan lebih baik prasarana tersebut bagi meningkatkan penyatuan ekonomi,katanya.
IDB sering dianggap sebagai cabang pelaburan OIC.
"Ekonomilah sebenarnya yang memberikan cengkaman kukuh kepada OIC diarena antarabangsa," kata Abdullah.
Kira-kira 1,500 peserta menyertai forum perdagangan dua hala itu yang bertemakan "Memaksimumkan Hubungan Perdagangan dan Pelaburan di KalanganOIC" bertujuan meningkatkan kerjasama ekonomi di kalangan negara OIC.
Mesyuarat Lembaga Gabenor IDB bermula pada 23 Jun ini.

