Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
VP WARISAN: Mengapa tumpu pada syarikat saya saja?
Diterbitkan:  Feb 8, 2017 9:59 AM
Dikemaskini: 5:46 AM

Naib Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Peter Anthony menggesa Gerakan Akar Umbi Umno Malaysia (GAUM) supaya membuat laporan terhadap semua syarikat Sabah yang dianugerahkan tender oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, dan bukan hanya memberi tumpuan kepada syarikatnya sahaja.

Peter berkata, syarikatnya, Asli Jati Engineering, telah mempunyai rekod prestasi yang baik sebagai kontraktor bagi kerajaan selama lebih satu dekad dan semua kontrak diperolehi melalui proses tender terbuka.

Beliau berkata laporan GAUM, yang mengaitkan syarikatnya, pada asasnya mempersoalkan proses yang diamalkan oleh kerajaan semasa BN.

GAUM telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2 Februari terhadap presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kerana didakwa menganugerahkan kontrak kepada seorang sekutu rapat apabila beliau menjadi menteri pembangunan luar bandar dan wilayah.

Peter berkata terdapat banyak syarikat lain yang mendapat kontrak yang berkaitan dengan industri air apabila Mohd Shafie merupakan menteri dan mempersoalkan sama ada GAUM mengambil berat tentang mereka.

"Adakah (pengerusi GAUM Datuk) Zulkarnian (Mahdar) akan membuat laporan SPRM yang sama terhadap mereka?" tanya Peter dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata Asli Jati Engineering memperolehi dua kontrak apabila Mohd Shafie merupakan menteri pembangunan luar bandar dan wilayah melalui proses tender terbuka.

"Jadi beritahu saya apa yang salahnya dianugerahkan projek oleh kementerian luar bandar dan wilayah? Saya lebih daripada bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana penyiasatan oleh SPRM.

"Jika mereka memerlukan bantuan saya, saya boleh beri setiap butiran termasuk dokumen tender jika diperlukan," kata Peter.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS