Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lantik badan bebas teraju TN50, kata kumpulan pemikir
Diterbitkan:  Feb 8, 2017 9:45 PM
Dikemaskini: 2:11 PM

Inisiatif Transformasi Nasional 2050 (TN50) sepatutnya diterajui dan dikendalikan oleh badan yang lebih dipercayai jika ia mahu memikat penerimaan yang lebih meluas, kata Presiden Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) Tunku Zain Al-Abidin Tuanku Muhriz.

"... TN50 tidak seharusnya menjadi atau dianggap sebagai agenda partisan. Malangnya, terdapat banyak sikap tidak pacuh dan ketidak-percayaan terhadap motif kerajaan, walaupun mereka sedang melakukan perkara yang betul.

"Selepas berdekad-dekad mengaburkan garisan pemisah antara kepentingan kerajaan dan parti, kita tidak boleh membenarkan TN50 dilihat sebagai agenda partisan.

“Penyelesaian terbaik untuk ini, adalah untuk mewujudkan sebuah badan bebas atau suruhanjaya untuk menerajui projek tersebut dan bukan meletakkkannya di bawah sebuah kementerian khusus,” kata Tunku Abidin.

Bercakap pada majlis makan malam ulang tahun ketujuh IDEAS dan juga sempena memperingati hari kelahiran Bapa Kemerdekaan Malaysia Tunku Abdul Rahman, Tunku Abidin mencadangkan sebuah badan seperti Majlis Perundingan Negara Kedua seperti yang diilhamkan daripada cadangan Ahli Majlis IDEAS Datuk Seri Nazir Razak diwujudkan.

Beliau berhujah bahawa tindakan itu akan melahirkan keyakinan semasa proses perundingan.

"TN50 mesti bertindak balas terhadap semua orang, bukan hanya hadirin terpilih dan soalan-soalan yang dirancang.

“Jika tidak, ia hanya akan menjadi satu lagi latihan perhubungan awam yang besar dan mahal," kata Tunku Abidin.

Beliau menambah, dengan kepentingan partisan diketepikan, kita harus menerima hakikat bahawa selama ini sebagai rakyat Malaysia, kita telah gagal untuk menegakkan semangat asal dan niat di sebalik Perlembagaan Persekutuan.

Dan kata Tunku Abidin, ini adalah sesuatu yang mesti ditangani oleh badan bebas dan berdarah baru.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS