Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
ADUN S'ngor gesa satu kad elektronik
Diterbitkan:  Feb 12, 2017 8:58 AM
Dikemaskini: 1:13 AM

Lebih daripada enam juta penumpang di Lembah Klang disukarkan dengan pelbagai kad pembayaran elektronik bagi pengangkutan awam.

Mereka kini dibebani dengan kesulitan tidak dapat menggunakan satu kad pembayaran untuk semua perjalanan pengangkutan awam di KTM, LRT, MRT, monorel dan perkhidmatan bas Rapid KL.

ADUN Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran berkata ia adalah ironi apabila tiga kad pembayaran (Touch 'n Go, MyRapid, KomuterLink) yang dikeluarkan kerajaan persekutuan menyebabkan kesulitan dan kekeliruan di kalangan pengguna.

"Kerajaan Persekutuan sejak 2010 telah merancang melalui PEMANDU bagi kad tunggal bersepadu untuk kereta api, bas, LRT, MRT dan Monorel.

"Bagaimanapun, katanya, kerajaan telah bergerak ke arah yang bertentangan dengan membenarkan syarikat-syarikat pengangkutan awam berkaitan kerajaan (GLC) mengeluarkan kad pembayaran mereka sendiri, menyebabkan kekeliruan dan jutaan pengguna merasa kecewa.

"Touch 'n Go, walaupun menjadi kad paling lama dan diterima secara meluas, kini sedang didiskriminasi oleh KTM dan Prasarana", Rajiv memberitahu peserta Bengkel Perhubungan Media dan Penulisan di Campuskini pagi semalam.

"Sebagai contoh, penggguna Touch 'n Go tidak menikmati diskaun sama sehingga 35 peratus seperti kad MyRapid.

"Semua GLC ini perlu bertindak bersama-sama dan berusaha mengeluarkan satu kad tunggal untuk kemudahan rakyat di negara ini," katanya.

Lihat Komen
ADS