Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ibu terkejut anak masuk ICU lepas sebulan dipenjara
Diterbitkan:  Feb 12, 2017 11:45 AM
Dikemaskini: 3:53 AM

Seorang ibu terkejut apabila anaknya yang dipenjara dalam keadaan sihat, telah dimasukkan ke hospital selepas sebulan berada di penjara.

Banduan berkenaan Chandran Muniandy dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya pada 8 Februari kerana kecederaan serius di kepala dan kaki.

Chandran adalah pekerja buruh kontrak dari Kampung Sungai Jawi, Pulau Pinang.

Menurut ibunya, Pachae Pakiry, anaknya sihat apabila dimasukkan ke penjara pada 20 Januari.

Beliau dimaklumkan oleh pegawai-pegawai penjara bahawa anaknya dimasukkan ke hospital kurang sebulan kemudian.

Pachae membuat laporan polis di Seberang Jaya pada 11 Februari dan satu salinan laporan itu yang dilihat oleh Malaysiakini.

Timbalan Ketua Menteri II P Ramasamy berkata beliau melawat Chandran pada kira-kira pukul 9 malam semalam.

"Saya terkejut apabila melihat kecederaannya, semasa lawatan saya yang berlangsung kira-kira 30 minit, beliau tidak sedar," kata Ramasamy kepada Malaysiakini.

"Saya dapat lihat kecederaan pada kepalanya, dan jari kakinya kelihatan berdarah dengan kuku jari kaki hilang," katanya.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS