Sothinathan: Luang lebih masa untuk kerja parti
Datuk S. Sothinathan, yang digantung jawatan sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar selama tiga bulan, berkuatkuasa serta-merta, berkata beliau akan meluangkan lebih masa untuk kerja-kerja parti di kawasan parlimennya.
Datuk S. Sothinathan, yang digantung jawatan sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar selama tiga bulan, berkuatkuasa serta-merta, berkata beliau akan meluangkan lebih masa untuk kerja-kerja parti di kawasan parlimennya.
Beliau yang keberatan untuk ditemuramah oleh Bernama TV semasa ditemui di pejabat Menteri Kerjaraya Datuk Seri Samy Vellu di Kuala Lumpur, enggan mengulas lanjut mengenai keputusan kerajaan itu.
"Saya dimaklumkan bahawa saya digantung selama tiga bulan. Dalam tempoh tiga bulan ini saya akan pastikan bahawa saya meluangkan lebih masa untuk kerja-kerja parti dan juga kawasan saya," katanya.
Ditanya perasaannya mengenai keputusan itu, Sothinathan berkata: "Itu saya tak nak komen."
Sothinathan yang juga setiausaha agung MIC, sebelum itu mengadakan perjumpaan tertutup dengan Samy Vellu yang juga presiden parti.
Turut dilihat berada di pejabat Samy Vellu ialah pemimpin MIC lain termasuk Naib Presiden Datuk G. Palanivel yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Tindakan tersebut diambil terhadap Sothinathan akibat kelantangannya di Dewan Rakyat semalam berhubung penarikan pengiktirafan ijazah perubatan Universiti Perubatan Universiti Perubatan Crimea State (CSMU).


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.