Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Firefly dibidas kerana satu lagi iklan 'seksis'
Diterbitkan:  Feb 14, 2017 1:14 PM
Dikemaskini: 5:19 AM

Syarikat penerbangan tambang murah Firefly sekali lagi menjadi bahan bidasan orang ramai kerana memaparkan iklan bagi sesetengah pihak berunsur "seksis".

Antara yang menyuarakan rasa tidak puas hati mereka adalah Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC), yang menyifatkan iklan itu sebagai tidak wajar.

"Objek seks boleh ditakrif apabila badan wanita, sebahagian tubuh, atau fungsi seksual diasingkan daripada keseluruhan dirinya dan dianggap sebagai semata-mata objek untuk dilihat, didambakan atau disentuh," kata mereka dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan itu memaparkan dua tubuh pramugari Firefly yang tanpa kepala. Wanita berkenan berpakaian seragam jingga atau oren sambil memegang topeng parti.

Kapsyen itu berbunyi: "Oren adalah warna tetapi kami adalah ‘Fifty Shades Darker’," merujuk kepada sebuah filem erotik dengan tajuk yang sama.

Iklan itu juga disiarkan di Facebook dan juga di beberapa akhbar semalam. Ia adalah untuk menggalakkan penerbangan domestik Firefly sempena Hari Valentine.

Ia juga dimuatkan pada halaman utama laman web Firefly.

Iklan itu juga menawarkan tunggangan kereta Grab percuma dengan pembelian tiket penerbangan pergi-balik.

Kapsyen itu pula berbunyi: "Beli tiket penerbangan pergi-balik dan 'grab' atau rebut perjalanan percuma anda sekarang".

Ia juga menggesa pasangan yang romantis untuk menghantar gambar mereka bagi memenangi percutian tiga hari-dua malam di Pulau Pinang.

Sesetengah pengguna memberi reaksi negatif terhadap iklan itu di laman Facebook rasmi Firefly.

"Nak promote kaki ke skirt sebenarnya?" tulis Sakeena Hassandi.

Mohd Sabrie Mohd Nawawi pula menulis "Tak faham caption ayat yg diguna utk iklan ni."

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS