Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Gerakan beri KM hadiah ‘istimewa’ Valentine
Diterbitkan:  Feb 14, 2017 5:23 PM
Dikemaskini: 9:26 AM

Ketua Menteri Lim Guan Eng hari ini menerima "hadiah istimewa" daripada Gerakan Pulau Pinang tetapi pemberian itu bukannya timbul kerana rasa kasih sayang kepadanya.

"Hadiah" itu berupa sehelai kemeja-t yang tertera perkataan "I sayang Pulau Pinang, banyak buat $," dalam bahasa Cina dan sepucuk memorandum menggariskan 10 masalah di negeri itu.

Naib Pengerusi Gerakan negeri, Oh Tng Keong berkata, jika Lim benar-benar sayangkan Pulau Pinang, beliau perlu memakai t-shirt berkenaan.

"Jangan hanya beri tumpuan untuk membuat wang manakala lupa tentang masalah yang dihadapi oleh penduduk Pulau Pinang," kata Oh, selepas delegasi Gerakan itu menyerahkan kemeja dan memorandum berkenaan di Komtar.

"Kami berharap mereka yang duduk di pejabat berhawa dingin tahu bahawa cinta kasih sayang bukan sekadar slogan, seseorang mesti melakukan sesuatu jika mereka ikhlas."

Sepuluh masalah yang digariskan itu termasuk isu berkaitan perumahan, dan kerja-kerja tebus guna tanah.

Oh merujuk kepada kempen "Saya sayang Pulau Pinang" oleh kerajaan negeri sebagai membantah cadangan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai Wilayah Persekutuan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS