Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Abang Jong-Un diserkup dengan kain, meronta-ronta
Diterbitkan:  Feb 14, 2017 11:24 PM
Dikemaskini: Feb 15, 2017 2:56 AM

Polis mengesahkan lelaki warga Korea Utara yang meninggal dunia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam adalah Kim Jong-Nam – abang tiri pemimpin negara itu, Jong-Un.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.

"Hasil siasatan polis mendapati lelaki itu berada di KLIA pada 8 pagi untuk menaiki penerbangan ke Macau, China, yang dijadualkan pada 9 pagi, semalam.

"Bagaimanapun, belum sempat dia menaiki penerbangannya, lelaki berkenaan diserkup dengan kain yang mempunyai sejenis cairan daripada arah belakang oleh seorang wanita," katanya.

"Selepas dia diterkap wanita berkenaan, mangsa meronta-ronta meminta tolong dan terus mendapatkan bantuan penyambut tetamu di KLIA kerana matanya pedih terkena cairan.

"Sejurus selepas itu, mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia," beliau dipetik sebagai berkata.

Polis buat masa ini mengelaskan kes itu sebagai mati mengejut, sementara menunggu laporan bedah siasat.

Kedutaan Korea Utara juga telah dimaklumkan berkaitan perkara itu.

Sementara itu, petugas media mula berkumpul di perkarangan Jabatan Forensik Hospital

Putrajaya sejak 8 malam bagi mendapatkan maklumat lanjut tetapi tidak dibenarkan menghampiri tempat itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS