Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mahu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan kelonggaran sistem keselamatan di KLIA 2 berikutan pembunuhan abang tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong-un.

Dalam satu kenyataan media, Lim berkata, alasan perlu diberikan bagaimana lapangan terbang itu boleh bertukar menjadi "taman permainan ejen asing."

Walaupun belum disahkan, pelbagai sumber, termasuk agensi perisikan mendakwa Jong-nam dibunuh oleh ejen Korea Utara.

Lim juga merujuk laporan Bloomberg yang memetik Lee Cheol-woo yang mempengerusikan jawatankuasa perisikan di Parlimen Korea Selatan, selepas taklimat oleh pegawai-pegawai perisikan Korea Selatan sebagai berkata bahawa dua wanita Asia yang disyaki dalam pembunuhan itu dipercayai masih di Malaysia.

"Jika pegawai perisikan Korea Selatan boleh memberi taklimat kepada ahli parlimennya, mengapa pegawai perisikan Malaysia tidak boleh memberi taklimat kepada wakil rakyat di negara ini mengenai isu yang amat memalukan negara?" soalnya.

[Baca berita penuh]