Kit Siang: Bahas laporan Suhakam, Suruhanjaya Polis di Parlimen
Terjemahan Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang telah mengemukakan usul kepada Dewan Rakyat pada 21 Jun lalu supaya laporan Suhakam bagi 2004 dan laporan Suruhanjaya Diraja Polis dibahaskan sepenuhnya di Dewan Rakyat.
Terjemahan Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang telah mengemukakan usul kepada Dewan Rakyat pada 21 Jun lalu supaya laporan Suhakam bagi 2004 dan laporan Suruhanjaya Diraja Polis dibahaskan sepenuhnya di Dewan Rakyat.
Dalam usulnya itu, Lim menggesa dewan supaya meneliti laporan tahunan Suhakam dan menubuhkan Jawatankuasa Terpilih Parlimen Mengenai Hak Asasi Manusia untuk mengkajinya secara terperinci.
Usul biasa itu yang dikemukakan mengikut Peraturan Tetap 27 (3), memerlukan 14 hari notis. Ia akan dimasukkan dalam kertas aturan mesyuarat, tetapi sama ada ia akan dibahaskan atau tidak, bergantung kepada faktor masa.
Lim yang juga ahli Parlimen Ipoh Timor berkata, Dewan Rakyat tidak pernah membahaskan laporan-laporan tahunan Suhakam walaupun suruhanjaya itu diwajibkan mengikut undang-undang supaya mengemukakan laporan tahunannya kepada Dewan Rakyat.
Menurutnya, amalan tidak memperdulikan laporan-laporan Suhakam ini patut dihentikan di Dewan Rakyat.
Katanya, beliau juga telah menulis kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta supaya sidang dewan dilanjutkan selama lima hari bagi membolehkan laporan Suhakam dan Suruhanjaya Diraja Polis dibahaskan sepenuhnya.
Katanya, beliau menyatakan dalam surat itu bahawa kerajaan perlu menyokong permintaannya supaya tiga hari diperuntukkan untuk membahaskan laporan Suruhanjaya Diraja Polis dan dua hari lagi untuk membahaskan laporan Suhakam bagi 2004.
Empat kali ditolak
Dewan Rakyat telah menolak untuk membahaskan empat laporan tahunan Suhakam sejak suruhanjaya hak asasi manusia itu ditubuhkan pada tahun 1999, dengan alasan tiada masa khusus diperuntukkan untuk berbuat demikian, kerana keutamaan diberikan kepada urusan kerajaan.
Laporan Suhakam 2004 yang dibentangkan pada 20 Jun lalu, mendedahkan bahawa tahanan ISA semakin bertambah tahun lalu. Laporan itu juga menggesa dimansuhkan ISA dan digantikan dengan undang-undang baru. Suhakam menyifatkan tahanan tanpa bicara secara 'bentuk tahanan yang ekstrem'.
Manakala laporan Suruhanjaya Diraja Polis setebal 607 muka, yang mengambil masa lebih setahun untuk disiapkan, dijual pada orang ramai pada 16 Mac lalu. Ia mengandungi 125 perakuan untuk memperbaiki mutu perkhidmatan pasukan polis.
Kerajaan juga telah menubuhkan lima jawatankuasa kecil di bawah pasukan petugas Kabinet yang dipengerusikan oleh Abdullah bagi mengkaji perakuan tersebut dan pelaksanaannya.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.