Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Henti tweet macam orang tak waras, Tan Sri'
Diterbitkan:  Feb 18, 2017 3:27 PM
Dikemaskini: Feb 20, 2017 3:18 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin dipersalahkan dalam banyak perkara, tetapi kadang kala kritikan terhadapnya dianggap melampau bagi sesetengah orang.

Sentimen itu turut dikongsi oleh ahli exco Pemuda Umno Ibdilillah Ishak yang menjawab tulisan bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin di Twitter.

Awal hari Ini, Zainudin mendakwa di bawah pemerintahan Najib, banyak kejadian buruk berlaku termasuk tragedi kehilangan pesawat MH370, pencerobohan Lahad Datu, penculikan dan pembunuhan seorang "pemimpin dunia".

Malah, Zainuddin berkata kematian lapan remaja berbasikal yang dirempuh kereta semalam, dan hospital terbakar di Johor turut menambah tragedi di bawah era Najib.

"Saya hairan di bawah Najib banyak kejadian buruk berlaku dari kehilangan dan tembakan kapal terbang, Lahad Datu, penculikan, pembunuhan world leader dan lain-lain.

"Lapan remaja penunggang basikal terbunuh dilanggar motorcar di Johor. Sebelumnya hospital terbakar. Menambah tragedi negara di bawah era Najib," tulis Zainudin.

Susulan itu, Ibdilillah mengecam tweet berkenaan dan meminta bekas menteri itu supaya berhenti menulis seperti 'orang tidak waras'.

"Takkan ini tahap pemikiran mantan menteri/veteran politik? Berhentilah tweet macam orang tak waras Tan Sri," katanya.

Zainudin merupakan bekas wartawan sebelum menjadi ahli politik dan dilantik sebagai menteri penerangan semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.

 

 

Lihat Komen
ADS