Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Isu keselamatan yang melibatkan kedaulatan negara perlu dipertahankan semua kaum di negara ini kerana ianya cuba diambil kesempatan oleh sesetengah pihak yang cenderung menggunakannya bagi mendapatkan keuntungan politik menjelang pilihan raya umum akan datang.

Isu 1MDB, Malaysian Offician 1 (MO1), misteri kehilangan pesawat udara MH 370 dan pembunuhan Altantuya cukup untuk memahamkan semua kaum di negara ini faham bahawa pintu keselamatan dan kedaulatan negara telah terbuka untuk campur tangan kuasa asing dalam apa bentuk sekalipun.

Kita tidak boleh melihat isu pemilikan bebas harta tanah, pelaburan dan pinjaman dari negara asing seperti China dan yang mencapai ratusan billion dolar AS sebagai isu perkauman yang sempit.

Isu lain seperti lambakan pekerja asing termasuk dari Indonesia, Vietnam, Bangladesh dan Pakistan bukan sahaja menjejaskan peluang pekerjaan rakyat tempatan tetapi telah melebar luas dengan penyertaan mereka dalam sektor perniagaan dan pemilikan harta tanah di negara ini.

Penyelesaian isu kadaulatan dan keselamatan negara tidak boleh dilalaikan dengan isu perkauman dan agama. Justeru rakyat daripada semua kaum mesti berani untuk bersuara dan bertindak menentang segala urus tadbir negara yang pincang dan penyelewangan dasar negara yang membahayakan masa depan.

Marilah kita pertahankan bersama negara tercinta ini daripada terus dicerobohi secara sedar dan sengaja oleh kuasa-kuasa asing yang sememangnya akan mengambil kesempatan terbaik dari tercalarnya imej negara di mata dunia luar ketika ini.


SALAHUDDIN HJ AYUB ialah timbalan presiden Parti Amanah Negara. Tulisan ini adalah pandangan penulis dan bukan semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini

Lihat Komen
ADS