Menteri: Dakwaan terhadap UM tidak betul
Terjemahan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Shafie Mohd Salleh menafikan dakwaan berlakunya perbuatan meminda markah pelajar, amalan pilih kasih dalam kenaikan pangkat dan penyalahgunaan wang di Universiti Malaya (UM).
Terjemahan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Shafie Mohd Salleh menafikan dakwaan berlakunya perbuatan meminda markah pelajar, amalan pilih kasih dalam kenaikan pangkat dan penyalahgunaan wang di Universiti Malaya (UM).
Katanya, kenaikan kakitangan akademik di universiti tersebut dibuat mengikut peraturan yang ditetapkan iaitu melalui pengiklanan, menerima permohonan, menyenarai pendek calon, dan menghadiri sesi temuduga.
Dr Shafie menegaskan demikian dalam jawapan bertulisnya kepada Ketua Pembangkang Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timor) berhubung dakwaan yang dibuat oleh Kesatuan Kakitangan Akademik UM.
Tiada bukti
Pada umumnya, kata beliau, calon-calon yang berjaya memenuhi kriteria yang ditetapkan dan memiliki sifat-sifat dan budi pekerti yang baik.
Berhubung dakwaan markah pelajar dipinda, Dr Shafie berkata, sistem memberi markah diawasi oleh sebuah jawatankuasa dalam jabatan atau di peringkat fakulti bagi memastikan ianya berjalan lancar dan telus.
Beliau juga berkata, tidak terdapat bukti-bukti kukuh untuk menyokong dakwaan kesatuan tersebut bahawa berlaku salahguna wang daripada program pembangunan perumahan kediaman.
Pihak kementerian, katanya, sentiasa mengambil berat dan menyiasat setiap aduan yang diterimanya.
Sebelum ini, Naib Canselor UM, Prof Dr Hashim Yaacob mendakwa, beliau tidak tahu menahu mengenai dakwaan tersebut, yang dibangkitkan dalam siri wawancara dengan pensyarah ekonomi UM, Prof Madya Dr Edmund Terence Gomez.
Mengikut Gomez, jawatankuasa yang ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan tersebut telah mengemukakan laporannya kepada Dr Shafie dan Dr Hashim tahun lalu, tetapi tiada tindakan diambil.
Kesatuan Kakitangan Akademik UM juga menganggotai jawatankuasa tersebut, manakala Gomez adalah naib presiden kesatuan itu.
Jawatankuasa tersebut berkata ia telah menemui bukti untuk menyokong dakwaan-dakwaan tersebut dan telah meminta pihak menteri dan naib canselor supaya mengadakan siasatan awam.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.