Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
‘Saya jemput Husam dengar bukan berceramah’
Diterbitkan:  Feb 22, 2017 11:34 AM
Dikemaskini: 3:44 AM

Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nor Azariza Alawi menjelaskan beliau ‘mengajak’bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa untuk hadir pada ceramah "Husam Lari Dari Debat Baiah" di Kota Bharu, pada Isnin lalu sebagai penonton dan bukannya sebagai penceramah.

Sehubungan, beliau kesal apabila sesetengah pihak cuba mengaitkan pelawaan menerusi Facebook miliknya sebagai jemputan rasmi Husam untuk berceramah bersama-sama pemimpin PAS lain.

“Saya mengajak beliau (Husam) untuk hadir sebagai penonton, bukan sebagai penceramah,” katanya yang dipetik akhbar Sinar Harian hari ini.

“Saya harap semua orang faham benda ini dengan jelas, kita jemput dia bersama-sama untuk dengar apa yang kita hendak sampaikan dalam ceramah itu, bukan jemput untuk bagi ceramah sebagaimana orang lain.

“Ceramah yang dianjurkan oleh Pemuda PAS negeri adalah ceramah mega terbuka dan bebas dihadiri sesiapa sahaja. Tetapi dia datang bersama pengikut-pengikutnya, kita jemput naik (pentas) sebab dia pimpinan parti walaupun dari AMANAH,” katanya.

Nor Azariza berkata demikian kepada Sinar Harian apabila diminta mengulas dakwaan Husam yang melihat tindakan penganjur menolak permintaannya untuk berucap sebagai tidak ‘gentleman’.

Mengulas lanjut, Azariza berkata, sepatutnya Husam menghormati perjalanan ceramah dan tidak perlu menimbulkan suasana yang kurang senang sepertimana yang berlaku.

“Jika beliau tidak puas hati bila nama dia terbentang dalam kain rentang ceramah yang bertajuk ‘Husam Lari Dari Debat Bai’ah’ lebih baik dia buat ceramahnya sendiri.

“Kita tengok siapa yang akan dengar ceramah dia,” katanya.

Isnin lalu, tanpa diduga banyak pihak, Husam muncul di di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu dan mengambil tempat di pentas ceramah dengan duduk di barisan kerusi di belakang Nassuruddin.

Husam berada di situ untuk beberapa ketika sambil mendengar ucapan yang mengecam dirinya.

Kemunculan Husam itu dikatakan menimbulkan ketidakselesaan penonton serta pimpinan PAS yang ada di atas pentas itu.

Menjelaskan keadaan itu melalui Facebook, Husam menulis: "Ingatkan malam ini debat baiah akan berlangsung. Malang! Bukan Husam lari. Husam mari."

Husam kemudian meminta sedikit masa untuk memberi penjelasan pada ceramah itu kerana ia secara khusus mengkritik dirinya.

Bekas setiausaha politik Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat itu memaklumkan kepada pengerusi majlis, beliau mesti diberi masa untuk berucap kerana namanya telah "dijual".

"Nazman (pengerusi majis) memberitahu, (Exco Kelantan) Datuk Nassuruddin (Daun) tidak benarkan!" katanya di Facebook.

Husam akhirnya meninggalkan kawasan ceramah selepas tindakan beberapa individu menyebabkan keadaan menjadi tegang.

Lihat Komen
ADS