Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
IGP nafi polis ke Macau dengan sampel DNA Jong-nam

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan laporan berita yang mendakwa pasukan penyiasat polis ke Macau dengan sampel DNA dari Kim Jong-nam dan juga untuk mendapatkan sampel daripada anaknya Kim Han-sol.

"Tidak benar. Kami tidak hantar apa-apa sampel ke mana-mana sahaja.

"Kita (juga) tidak menerima apa-apa sampel DNA daripada mana-mana negara. Itu adalah tidak benar," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina polis Kuala Lumpur.

Semalam, akhbar China Press dan Sin Chew Daily melaporkan bahawa anak Jong-nam bersetuju untuk memberikan sampel DNA kepada polis Malaysia.

Sin Chew Daily melaporkan bahawa tiga pegawai Interpol Malaysia ke Macau dengan membawa sampel DNA Jong Nam, yang akan dianalisis bersama-sama dengan sampel yang bakal diberikan oleh anaknya di sebuah hospital tempatan.

Laporan yang memetik sumber itu turut dilaporkan oleh Straits Times Singapura dan beberapa pertubuhan media antarabangsa.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS