Terlalu banyak cuti umum di M'sia?
Terjemahan Kerajaan akan meneliti jumlah hari cuti umum di negara ini ketika kakitangan awam sedang bersedia sedia untuk bekerja lima hari seminggu mulai I Julai ini.
Terjemahan Kerajaan akan meneliti jumlah hari cuti umum di negara ini ketika kakitangan awam sedang bersedia sedia untuk bekerja lima hari seminggu mulai I Julai ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, 14 hari cuti am sebagai tambahan kepada peraturan lima hari kerja seminggu itu adalah terlalu banyak dan akan membuat pekerja kurang berdayasaing.
Kerajaan mengumumkan Mei lalu bahawa kakitangan awam akan bekerja lima hari seminggu sebagai langkah untuk merapatkan hubungan kekeluargaan dan meningkatkan pelancongan dalam negeri.
Kerja lebih masa
Bagaimanapun, Najib berkata, walaupun bekerja lima hari seminggu, tetapi jumlah jam kerja tidak berkurangan kerana kakitangan kerajaan bekerja lebih masa setiap hari.
Lebih daripada 60 peratus rakyat Malaysia adalah orang Melayu beragama Islam, manakala 26 peratus lagi adalah kaum Cina dan lapan peratus kaum India.
Berikutan itu, hari keagamaan dan hari kebudayaan setiap masyarakat utama di Malaysia telah diwartakan sebagai cuti umum bagi seluruh negara.
- AFP

