Abdullah: Isa Samad perlu berundur
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata Naib Presiden Umno Tan Sri Mohamed Isa Abdul Samad yang didapati bersalah terbabit dalam politik wang oleh Lembaga Disiplin Umno, perlu berundur dari semua jawatan dalam parti.

Perdana Menteri yang juga Presiden Umno berkata beliau sedih kerana Mohamed Isa terbabit dalam amalan sedemikian semasa pemilihan pucuk pimpinan parti September tahun lalu.
"Dengan itu beliau kena undur semua jawatan dalam parti," katanya kepada pemberita selepas melawat kilang Defence Technologies Bhd (DEFTECH) di sini hari ini.
menurut Bernama, Lembaga Disiplin Umno hari ini mengumumkan secara rasmi penggantungan keahlian Mohamed Isa selama enam tahun.
Yang turut melawat kilang itu ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.