Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tajuddin saman fitnah ke atas Khalid, KiniTV dan NST
Diterbitkan:  Feb 27, 2017 9:55 PM
Dikemaskini: 1:58 PM

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman memfailkan saman fitnah terhadap Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad, portal video KiniTV dan akhbar New Straits Times.

Ia ekoran beberapa siri sidang akhbar yang bermula apabila Tajuddin mengatakan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok di Parlimen sebagai satu-satunya wanita yang 'kok' dan Khalid bertindak balas dengan memanggil beliau 'sial' pada 21 November tahun lepas.

Tajuddin yang juga ahli Parlimen Pasir Salak menyaman Khalid kerana sidang akhbar di luar Dewan Rakyat sejurus selepas kejadian itu dengan beliau mengulangi perkataan 'sial' terhadap Tajuddin dan mempersoalkan kelakuannya.

Saman yang bertarikh 22 Februari itu difailkan melalui firma guaman Murthi & Partners di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Ia mendakwa kenyataan Khalid sebagai fitnah kerana ia memberikan maksud tersirat bahawa Tajuddin sebagai, antara lain, bukan seorang muslim yang baik, terkutuk ke neraka, tidak bermoral dan tidak layak menjadi seorang ahli Parlimen dan timbalan menteri.

Tajuddin menyaman NST kerana menyiarkan komen Khalid yang dibuat semasa sidang akhbar berkenaan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS