Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Aramco beli RM31billion pegangan dalam projek Rapid
Diterbitkan:  Feb 28, 2017 4:44 PM
Dikemaskini: 8:47 AM

Gergasi minyak Arab Saudi Aramco akan membeli pegangan dalam projek penapisan dan petrokimia yang diusahakan Petronas, dengan jumlah pelaburan keseluruhan AS$7 bilion (RM31.10 bilion).

Dalam kenyataan bersama, syarikat-syarikat itu berkata Aramco akan membeli 50 peratus saham dalam aset-aset dan usahasama terpilih dalam projek Penapisan dan Pembangunan Petrokimia Bersepadu (Rapid) di Pengerang, Johor.

Majlis menandatangani kerjasama itu secara rasmi disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Raja Arab Saudi Raja Salman, yang sedang dalam rangka lawatan ke Malaysia, lapor Reuters.

Aramco akan membekalkan sehingga 70 peratus daripada keperluan minyak mentah manakala gas asli, kuasa dan kemudahan lain akan disediakan oleh Petronas, menurut kenyataan itu.

Rapid melibatkan pembinaan penapisan 300,000 tong minyak sehari dan kompleks petrokimia dengan kemampuan pengeluaran sehingga 7.7 juta tan.

Ia dijangka mula beroperasi pada 2019.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS