Projek DUN Swak: Nazri kata BPR sedia siasat jika ada aduan
Badan Pencegah Rasuah (BPR) tidak menerima aduan rasmi berhubung kes pengenugerahan projek pembinaan Dewan Undangan Negeri dan penyelenggaraan jalan raya kepada sebuah syarikat yang antara pemegang sahamnya dikatakan isteri Ketua Menteri Sarawak.
Badan Pencegah Rasuah (BPR) tidak menerima aduan rasmi berhubung kes pengenugerahan projek pembinaan Dewan Undangan Negeri dan penyelenggaraan jalan raya kepada sebuah syarikat yang antara pemegang sahamnya dikatakan isteri Ketua Menteri Sarawak.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata BPR memerlukan aduan terperinci mengenai jika terdapat kesalahan dalam penganugerahan itu, bukannya mengenai penganugerahan itu sendiri.
"Penganugerahan projek kepada mana-mana syarikat tidak salah dan BPR tidak boleh masuk dan lihat semua penganugerahan," katanya ketika menjawab soalan Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching) berkenaan isu itu pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata BPR bersedia menjalankan siasatan terhadap sebarang aduan yang diterima sekiranya terdapat unsur-unsur kesalahan dilakukan oleh mana-mana pihak di bawah bidang kuasa badan itu dan berharap Chong dapat mengemukakan aduan rasmi serta memberi kerjasama kepada BPR menjalankan siasatan.
Menurut laporan Bernama, Chong merujuk kepada penganugerahan projek kepada Cahya Mata Sarawak Bhd yang dikatakan sebanyak 37 juta saham dimiliki isteri Ketua Menteri.
Sementara itu, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Samy Vellu memberi jaminan kedua-dua projek meluruskan jalan Kuala Kangsar ke Gerik pakej dua (Sauk-Lenggong) dan pembinaan jalan raya Timur-Barat fasa dua antara Gerik, Titi Karangan dan Kulim akan siap sebelum penghujung tahun ini.
Beliau memberi jaminan itu semasa menjawab soalan Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh (BN-Gerik) berkenaan tarikh dijangka kedua-dua projek berkenaan siap.
Samy Vellu juga berjanji akan meneliti masalah pembinaan tembok di jambatan Tasik Raban yang dikatakan menghalang pandangan orang ramai untuk melihat keindahan tasik itu.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.