Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MAB sebagai defendan: Mahkamah Persekutuan akan putuskan

Bolehkah syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines Bhd (MAB) dinamakan sebagai defendan dalam kes saman yang difailkan oleh waris mangsa nahas MH370? Ia akan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.

Mahkamah Persekutuan hari ini memberi kebenaran kepada lima plaintif, termasuk dua remaja rakyat Malaysia yang kehilangan ibu bapa mereka dalam nahas itu untuk menimbulkan persoalan perundangan ke atas liabiliti MAB yang mengambil alih syarikat penerbangan itu.

Kedua-dua remaja lelaki berusia 14 dan 16 itu yang merupakan anak kepada Tan Ah Meng, 46, dan isterinya Chuang Hsiu Ling @ Cindy Chuang, 45, serta abang sulung mereka, Tan Wei Chew, 19 adalah antara 239 penumpang dan anak kapal pesawat yang hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Mereka mencabar keputusan Mahkamah Rayuan pada Oktober tahun lalu yang membenarkan permohonan MAB untuk dibatalkan sebagai defendan dalam saman itu dan mengekalkan syarikat penerbangan yang lama, Malaysia Airlines System Bhd (MAS) sebagai defendan.

Keputusan hari ini oleh panel tiga anggota yang diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum adalah penting kerana memberi kesan ke atas 26 saman yang belum selesai membabitkan nahas MH370 itu dengan MAB juga dinamakan sebagai satu pihak selain saman berkaitan yang difailkan di Australia, China dan Amerika Syarikat.

Plaintif bimbang jika tuntutan tersebut berjaya, mereka hanya akan mendapatkan penghakiman kerana semua aset MAS yang dipindahkan ke MAB dengan pengecualian dua liabiliti iaitu tindakan undang-undang ke atas MH370 dan MH17.

Pada asalnya, enam persoalan perundangan telah diajukan dan dua daripadanya kemudiannya ditarik balik.

Bagaimanapun, mahkamah tersebut hanya dibenarkan satu persoalan yang akan diputuskan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS