Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Selamatkan dua beradik dari tali gantung, seru Amnesty
Diterbitkan:  Mar 2, 2017 5:18 PM
Dikemaskini: 9:27 AM

Amnesty International Malaysia menggesa kerajaan memberikan pengampunan kepada dua adik-beradik, Suthar B dan B Ramesh Batumalai, yang sedang menunggu hukuman mati kerana kesalahan membunuh.

Mereka berkata, ini kerana pengampunan telah diberikan dalam dua kes yang sama baru-baru ini.

Pada Februari lalu, Sultan Selangor memberikan pengampunan kepada Shahrul Izani Suparman yang dijatuhi hukuman mati, dengan mengurangkan hukuman kepada penjara seumur hidup.

Bulan lepas, Yang di-Pertuan Agong juga mengampunkan rakyat Nigeria, Osariakhi Ernest Obayangbon daripada hukuman gantung.

Kedua-dua beradik itu dijatuhi hukuman mati mandatori pada April 2010 selepas didapati bersalah atas kes pembunuhan pada 4 Februari 2006.

Mereka mengemukakan pengampunan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, sehari sebelum pelaksanaan hukuman dijatuhkan.

Hukuman mati terhadap mereka sepatutnya dilaksanakan pada 24 Februari tetapi ditangguhkan.

Kedua-dua beradik itu mendakwa mereka hanya masuk campur untuk menghentikan dua lelaki daripada membunuh si mati, tetapi Mahkamah Tinggi menolak alasan ini dan sebaliknya mengenakan hukuman mati mandatori ke atas mereka, kata Amnesty.

Amnesty mendakwa kedua-duanya "disabitkan atas dasar keterangan keadaan semata-mata" dan tidak diminta menyediakan cap jari atau sampel darah kepada polis.

Ia juga mendakwa pendakwa gagal memanggil isteri si mati, saksi utama yang mungkin dapat menyokong dakwaan mereka untuk memberi keterangan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS