WAWANCARA l Beliau dilahirkan di Sitiawan, Perak, kampung halaman Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng.

Semasa perayaan, anggota keluarganya akan menyalakan lilin dan colok di hadapan potret datuknya. Bagaimanapun, kisah datuknya itu tidak pernah diceritakan.

Datuknya itu pernah menjadi anggota PKM. Pada suatu hari, keluarganya mendengar bunyi tiga das tembakan, mereka tahu dia telah dibunuh oleh tentera British. Sejak itu, ayahnya tidak mempunyai memori tentang bapanya.

Lau Kek Huat, 38, menamatkan pengajian di National Taiwan University of Art, dalam jurusan perfileman.

Dokumentari pertamanya "Absent Without Leave" atau judul Melayunya "Jauh Tapi Dekat" pada mulanya mahu mencari kaitan antara datuk, bapa dan dirinya sendiri, tetapi akhirnya menggali bab yang dilupakan sejarah rasmi Malaysia.

Pada mulanya, dia mahu mengetahui segala-galanya tentang datuknya, tetapi perjalanan itu berterusan di luar kawalannya. Beliau dapat menemubual beberapa bekas pejuang komunis dan tentera anti-Jepun.

Bagaimanapun, dokumentari itu diharamkan daripada ditayangkan di Malaysia, kerana "mempunyai unsur-unsur yang mungkin negatif bagi pembangunan negara".

Tidak dinafikan, Lau kecewa dengan pengharaman tersebut.

"Saya fikir ia boleh ditayangkan di Malaysia, ini adalah janji saya kepada mereka (bekas anggota komunis)," kata Lau dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.

"Saya merancang untuk menjemput mereka ke pawagam, dan mereka akan menerima tepukan dari penonton - perasaan itu akan berbeza"

Dia percaya mereka yang ditemubual olehnya ingin tahu apa pandangan kontemporari rakyat Malaysia terhadap mereka.

Dokumentari selama 83 minit telah dihasilkan daripada bahan-bahan sejarah dan klip wawancara selama 60 jam. Lau berharap melalui filem ini, penonton di Malaysia boleh merasa empati bagi mereka yang menyertai perjuangan untuk kemerdekaan semasa tempoh sejarah itu.

[Baca berita penuh]