Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'K'tan tak faham penghinaan sebatan di khalayak umum'
Diterbitkan:  Mar 3, 2017 3:10 PM
Dikemaskini: 7:49 AM

Cadangan untuk mengadakan demonstrasi sebatan di tempat awam oleh kerajaan Kelantan menunjukkan mereka tidak memahami kesan penghinaan di hadapan khalayak, kata kumpulan peguam, BEBAS.

"Dakwaan (Exco Kelantan) Mohamed Fadzli Hassan bahawa hukuman sebat di tempat awam dilakukan hanya mendidik dan tidak menyakiti, menunjukkan kurangnya pemahaman tentang kesan penghinaan awam dan voyeurism.

"Orang seperti ini tidak harus diberi tanggungjawab untuk membuat dan mentadbir undang-undang, terutamanya mereka yang mengenakan kepolisan moral," kata pemimpin BEBAS, Azrul Mohd Khalib kepada Malaysiakini hari ini.

Beliau berkata tiada kajian atau bukti membenarkan hujah bahawa hukuman berat dapat menghalang sebarang kesalahan berkaitan agama atau moral.

Fadzli berkata cadangan demonstrasi hukuman sebat di tempat awam itu selaras dengan hukuman dinyatakan di bawah Akta 1965 atau Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) yang bertujuan memberi kefahaman mengenai cara hukuman itu dijalankan.

“Kita sedang kaji nak buat satu demonstrasi (pertunjukan contoh) bagaimana hukuman sebat dalam Islam supaya memberi pemahaman dan persepsi yang betul kepada masyarakat tentang kaedah hukuman dalam Islam.

“Ia adalah hukuman mendidik, mengandungi rahmat, bukan untuk menyakitkan, bukan untuk menghukum kerana ada yang silap faham,” katanya dalam satu forum semalam.

Fadzli juga berkata terdapat pihak yang mendakwa hukuman dicadangkan melalui pindaan Akta 355 itu itu seolah-olah hanya mahu menumpukan aspek penderaan semata-mata.

Asrul bagaimanapun menolak pandangan Fadzli mengenai persepsi terhadap pemerintahan Islam.

"Fadzli merungut tentang tanggapan orang bahawa pemerintahan Islam hanya mahu menghukum.

"Namun dia mencadangkan satu demonstrasi sebat awam sebagai satu bentuk pendidikan keadilan Islam berbanding menunjukkan contoh rahmat dan belas kasihan," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS