Kerajaan akan iktiraf lulusan ijazah CSMU sekarang
Kabinet hari ini bersetuju untuk mengiktirafkan ijazah 1,308 pelajar Malaysia yang sedang mengikuti kursus asas/pra-perubatan di Universiti Perubatan Crimea State (CSMU) di Ukraine.
Kabinet hari ini bersetuju untuk mengiktirafkan ijazah 1,308 pelajar Malaysia yang sedang mengikuti kursus asas/pra-perubatan di Universiti Perubatan Crimea State (CSMU) di Ukraine.
Ianya termasuk 247 pelajar yang kini mengikuti kursus persediaan selama setahun dan dijangka memulakan pengajian tahun pertama mereka dalam program ijazah tersebut pada tahun depan.
Manakala 140-160 lagi pelajar Malaysia yang sudahpun mendaftar untuk mengikuti kursus persediaan mulai tahun depan, terpaksa mencari pilihan lain kerana Majlis Perubatan Malaysia (MMC) tidak lagi mengiktiraf CSMU.
Bagaimanapun, mereka yang memilih untuk melanjutkan pengajian di CSMU perlu menduduki peperiksanaan kelayakan apabila pulang ke Malaysia.
Para pelajar yang melanjutkan pengajian dalam ijazah perubatan di CSMU pada amnya perlu mengikuti kursus persediaan selama setahun sebelum melanjutkan pengajian selama enam tahun dalam progaram tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan MIC telah menafikan pernah menganggap tindakan MMC menarik balik pengiktirafannya terhadap CSMU sebagai 'isu perkauman'.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.