Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Penetapan harga siling petrol baik untuk pengguna'

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) memuji langkah kerajaan mewujudkan harga siling petrol dalam pasaran kompetitif
yang akan memberi manfaat kepada rakyat.

Pesuruhjaya MyCC Datuk Dr Gan Khuan Poh berkata, dengan menetapkan harga siling petrol, peruncit boleh meletak harga yang lebih rendah dan mewujudkan persaingan.

"Kita akan melaksanakannya secara mingguan manakala di Amerika Syarikat, ia dilakukan secara harian," katanya.

Beliau berkata, melalui kaedah ini, pengguna akan lebih dilindungi dan mempunyai akses kepada pelbagai pilihan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebelum ini berkata harga siling petrol akan diumumkan secara mingguan, bermula bulan depan.

Kementerian terbabit menasihatkan operator stesen minyak agar bekerjasama dengan Persatuan Pengedar Petroleum Malaysia bagi membentuk konsep yang boleh mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pengguna. -Bernama

Lihat Komen
ADS