Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita

Dua individu yang dikehendaki oleh Bank Negara berhubung skandal 1MDB tidak lagi berada dalam pemantauan bank pusat itu, kata Kementerian Kewangan.

Kementerian Kewangan berkata, siasatan terhadap kedua-dua bekas pegawai 1MDB, Jasmine Loo dan Casey Tang telah selesai dan berdasarkan hasil siasatan, surat kompaun pentadbiran telah dikeluarkan kepada 1MDB kerana gagal mematuhi Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

"1MDB telah pun membayar kompaun tersebut dengan sepenuhnya.

"Oleh yang demikian, kedua-dua individu tersebut tidak lagi di bawah pemantauan Bank Negara kecuali sekiranya terdapat sebarang maklumat baru berkaitan pelanggaran peruntukan undang-undang yang dikawal selia oleh Bank Negara," kata kementerian itu dalam jawapan bertulis di Parlimen semalam.

Ia sebagai menjawab soalan Wong Chen (PKR-Kelana Jaya) mengenai sama ada Looi dan Tang masih dalam senarai individu yang dikehendaki oleh bank pusat itu.

Bagaimanapun, pemeriksaan ke atas senarai pemantauan bank pusat itu, ia masih menyenaraikan Loo dan Tang sebagai diperlukan untuk membantu siasatan di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953.

Tang dan Loo, masing-masing dipercayai merupakan Pegawai 1MDB 1 dan Pegawai 1MDB 3 yang disenaraikan dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berikutan dakwaan salah guna dana 1MDB.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS