Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
M'sia, Vietnam teratas dalam kaji selidik rasuah TI
Diterbitkan:  Mar 8, 2017 1:38 PM
Dikemaskini: 5:44 AM

Kaji selidik yang dijalankan Transparency International (TI) mendapati rakyat Malaysia dan Vietnam memberikan persepsi yang menjurus kepada masalah rasuah yang paling teruk di negara masing-masing.

Kaji selidik yang diadakan dari 15 Julai 2015 hingga Januari tahun ini mendapat maklum balas daripada lebih 20,000 rakyat di 16 negara di rantau Asia Pasifik.

Soalan-soalan yang dikemukakan termasuk jika rakyat menganggap tahap rasuah mengalami perubahan, bagaimana kerajaan menentang rasuah, bagaimana tahap rasuah membabitkan polis dan jika masyarakat berkehendakkan untuk menentang rasuah.

Kaji selidik tersebut turut menanyakan responden sama ada mereka juga pernah memberikan rasuah.

Menurut kaji selidik itu, Malaysia dan Vietnam berada dalam kedudukan paling teruk, dengan tiada langsung satupun penarafan positif yang diberikan (ke atas soalan-soalan tersebut).

"Di negara-negara ini, kerajaan diberikan penarafan lemah dalam perjuangan menentang rasuah, rakyat melihat rasuah yang berleluasa di kalangan anggota polis selain ramai yang berpendapat rasuah semakin meningkat.

"Lima puluh sembilan peratus daripada rakyat Malaysia berpendapat tahap rasuah telah meningkat," kata TI dalam laporannya.

Berkenaan soalan sama ada tahap rasuah telah meningkat, Malaysia berada di tempat ketiga selepas China dan Indonesia.

Kepada soalan lain pula, 62 peratus rakyat Malaysia yang mengikuti kaji selidik itu merasakan bahawa kerajaan tidak memerangi rasuah dengan berkesan.

Negara-negara lain yang terlibat dalam kaji selidik itu ialah Korea Selatan, Hong Kong, India, Kemboja, Pakistan, Australia, Jepun, Taiwan, Myanmar, Sri Lanka dan Thailand.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS