Komuter KTM ke Seremban tergelincir di Bangsar
Komuter penumpang KTM yang dalam perjalanan ke Seremban tergelincir di landasan sejurus sebelum stesen Megamall Mid Valley Kuala Lumpur kira-kira jam 9.35 malam ini.
Komuter penumpang KTM yang dalam perjalanan ke Seremban tergelincir di landasan sejurus sebelum stesen Megamall Mid Valley Kuala Lumpur kira-kira jam 9.35 malam ini.
Kejadian berlaku di landasan yang berdepan Maybank Square di Bangsar sejurus selepas komuter berkenaan yang membawa lebih 100 penumpang berlepas dari Stesen KL Sentral kira-kira jam 9.30 malam.
Bagaimanapun, komuter berkenaan tidak terbalik tetapi hanya condong selepas rodanya terkeluar daripada landasan apabila melalui kawasan tersebut.
Menurut seorang penumpang, ketika sampai di kawasan tersebut, mereka terasa komuter tersebut seperti diseret dan berhenti sejurus kemudian.
Kejadian tersebut menyebabkan satu lagi komuter ke Seremban yang dijadual berlepas jam 9.43 malam, terpaksa menunggu di Stesen KL Sentral selama 10 minit.
Ia bertolak kira-kira jam 9.53 malam dan berhenti di landasan bersebelahan komuter yang tergelincir itu untuk mengambil penumpangnya untuk meneruskan perjalanan ke Seremban dan destinasi antaranya.
Pekerja KTM menggunakan tangga untuk menurunkan penumpang lelaki, wanita dan kanak-kanak daripada komuter yang tergelincir dan menaiki komuter yang satu lagi itu.
Semua mengambil kira-kira 15 minit sebelum komuter berkenaan berlepas ke Seremban.
Bagaimanapun, tiada penumpang yang cedera kerana komuter tidak terbalik, tetapi hanya sekadar condong, kerana difahamkan hanya bergerak kerana sudah hampir ke stesen Mid Valley.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.