Hubungan tambah baik lepas menteri bertukar, kata Lim
Hubungan dua hala antara Pulau Pinang dan Putrajaya, terutama dalam sektor perumahan, bertambah baik semenjak Tan Sri Noh Omar menjadi menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan.
"Berita baiknya ialah keadaan telah kembali seperti biasa," kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semasa Persidangan Hartanah Antarabangsa Pulau Pinang 2017, hari ini.
Kata Lim, tidak ada kelewatan lagi dalam permit pengiklanan dan lesen pemaju (APDL) berikutan kelulusan mengenainya diperoleh daripada kerajaan Pusat.
"Tiada lagi satu negara, dua sistem," kata Lim.
Pada Disember 2014, Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Datuk Jerry Chan mengadu mengenai Putrajaya menangguhkan kelulusan APDL.
Ia mendorong Lim bertanya jika kementerian tersebut - diketuai oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan (dari 2013 hingga 2016) - sebagai 'membuli' Pulau Pinang.

