Keluarga Paderi Raymond Koh telah melahirkan harapan bahawa penangkapan seorang individu minggu lalu berkaitan dengan kes itu tidak akan mengganggu usaha untuk mencari "penculik sebenar" atau tidak menakutkan orang ramai daripada berkongsi maklumat.

Isteri Koh, Susanna Liew, dalam satu kenyataan sempena satu bulan kehilangan suaminya, berkata keluarga itu terus tertanya-tanya mengenai nasib paderi itu.

"Saya merujuk kepada penahanan suspek polis pada awal pagi Khamis, 9 Mac. Memandangkan, pihak polis menyebut kami, pihak keluarga, dalam kenyataan umum mereka berhubung perkara ini, saya ingin menjelaskan fakta-fakta daripada pihak keluarga.

"Beberapa mesej teks dihantar kepada telefon bimbit anak saya Jonathan yang seolah-olah mencurigakan dan bersifat ugutan. Pada hari Rabu, 8 Mac, Jonathan memaklumkan kepada polis mengenai mesej ini, yang kemudiannya bertindak pantas hingga membawa kepada penangkapan itu.

"Walaupun saya gembira bahawa polis bertindak pantas mengenai perkara ini, saya berharap penangkapan itu tidak mengalihkan ptumpuan dari penculik sebenar dan rakan mereka atau sehingga tidak menggalakkan pemberi maklumat yang tulen untuk tampil," katanya.

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat Khamis lalu berkata, lelaki berusia 32 tahun itu ditahan kerana menghubungi ahli keluarga Koh dan menuntut sejumlah wang.

Adalah juga dilaporkan bahawa lelaki itu meminta RM30,000 daripada keluarga Koh.

Liew, sementara itu, berkata tawaran ganjaran oleh keluarga berkenaan berhubung sebarang maklumat berkaitan dengan kes tersebut masih sah.

"Ganjaran sehingga maksimum RM100,000 akan diberikan untuk maklumat yang membawa kepada penemuan selamat suami saya,” katanya.

[Baca berita penuh]