Malaysiakini
BERITA

SPRM tak siasat dakwaan PAS terima RM90 juta dari PM

Diterbitkan
Dikemaskini 13 Mac 2017, 4:30 pagi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah meneliti dakwaan PAS menerima RM90 juta daripada Umno, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low.

Bagaimanapun, katanya, penilaian jawatankuasa penilaian mendapati maklumat diterima tidak jelas dan tiada unsur-unsur yang membolehkan siasatan dibuat.

"Bagaimanapun, SPRM mengalu-alukan sekiranya mana-mana orang yang mempunyai maklumat berkaitan dengan isu yang dibangkitkan ini hendak melaporkannya kepada pihak SPRM," katanya dalam jawapan bertulis di parlimen.

Low berkata demikian ketika menjawab soalan anggota parlimen Sepang Hanipa Maidin daripada Parti Amanah Negara (AMANAH) yang mahu tahu sama ada SPRM atau pihak polis menyiasat dakwaan itu.

Laman pembocor maklumat Sarawak Report pada Ogos lalu mendakwa terdapat “spekulasi meluas” bahawa PAS menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bekas naib presiden PAS yang berpaling tadah kepada AMANAH Datuk Husam Musa berkata wang itu dimasukkan ke akaun di Bank Affin, tanpa mendedahkan maklumat lanjut.

PAS menafikan dakwaan itu dan melantik peguam di United Kingdom (UK) untuk menyaman pengendali Sarawak Report Claire Rewcastle-Brown yang beroperasi daripada London.

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.