Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Adik beradik Batumalai akhirnya digantung
Diterbitkan:  Mar 15, 2017 11:03 AM
Dikemaskini: 3:05 AM

Dua orang saudara Rames Batumalai, 45, dan adiknya Suthar, 40, telah digantung sampai mati pada awal pagi ini, menurut Amnesty International Malaysia.

Kumpulan hak asasi itu mengutuk hukuman itu, yang menurut mereka dijalankan walaupun rayuan bagi pengampunan atas sabitan kes pembunuhan 12 tahun lalu itu masih belum dibuat.

“Perkara ini amat kejam kerana anggota keluarga banduan diberitahu bersedia untuk hukuman mati yang akan dijalankan pada Jumaat.

“Dengan notis tidak sampai 24 jam, mereka diberikan maklumat alah berkaitan tarikh hukuman mati itu.

“Dengan rayuan pengampunan masih belum berlaku, kedua-dua adik beradik ini dinafikan hak mereka supaya kes itu pertimbangkan semula dan rayuan pengampunan itu didengar,” kata Pengarah Eksekutif Amnesty International Malaysia Shamini Darshni.

Paravathy Arunasalam, ibu Rames dan Suthar, telah merayu kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir memberi pengampunan dan menggantikannya dengan penjara seumur hidup (20 tahun).

Kedua-dua beradik itu dijatuhi hukuman mati pada April 2010, atas kesalahan membunuh pada Februari 2006. Kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah.

Malam tadi, orang ramai hadir dan menyalakan lilin di luar kompleks Penjara Kajang bagi menyatakan sokongan terhadap rayuan bagi menyelamatkan nyawa adik beradik itu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS