Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita

Selepas insiden rusuhan kaum 13 Mei 1969, kerajaan telah memilih dua tempat untuk mangsa disemadikan - satu di Gombak dan satu lagi di Sungai Buloh.

Bagaimanapun, tanah perkuburan di Sungai Buloh berdepan dengan risiko terjejas oleh rancangan untuk mewujudkan sebuah tempat letak kereta.

Tanah perkuburan itu, yang berhadapan dengan kampus UiTM Sungai Buloh, terletak di atas sebuah bukit di belakang Masjid Jamek Ibnu Sina.

Kira-kira 100 orang telah disemadikan di kawasan bersemak itu. Antara batunya, selain nama dan tarikh, juga ditulis perkataan “courtesy of the Malaysian government” (Ihsan kerajaan Malaysia).

Semak di situ telah pun dibersihkan untuk projek tempat letak kereta, dan ini telah menimbulkan kebimbangan berhubung dengan tanah perkuburan bersebelahan.

Sehubungan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), Tang Ah Chai menggesa pihak berkuasa supaya mewartakan tanah itu dan mendirikan pagar untuk melindungi tapak tersebut.

Pada hari Isnin, Tan dan pegawai dari Jabatan Tanah Gombak melawat tapak tersebut untuk memeriksa pemilikannya.

"Ketika itu, kerajaan mengkebumikan mangsa 13 Mei di situ. Pagar telah didirikan," katanya kepada Malaysiakini, sambil menambah tetapi apabila masa berlalu, pagar itu rosak.

"Rancangan kami adalah mudah, dua langkah buat masa ini. Sempena festival Qing Ming (apabila perkuburan dibersihkan), kita potong rumput, bersihkan kawasan tersebut dan pasang pagar baru," katanya.

Mengenai tempat letak kereta itu, Tan berkata, beliau dimaklumkan bahawa masjid itu merancang untuk mewujudkan sebuah parkir.

Jika begitu, beliau menegaskan supaya tempat letak kereta tidak menceroboh kawasan perkuburan tersebut.
  
[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS