AirAsia: Cabaran meningkat berkutan kenaikan harga minyak
Terjemahan AirAsia syarikat penerbangan tambang murah terbesar di Asia menjangka kenaikan harga minyak dan kadar pajakan pesawat yang semakin ketat, memberi tekanan kepada syarikat-syarikat baru, demikian menurut satu laporan hari ini.
Terjemahan AirAsia syarikat penerbangan tambang murah terbesar di Asia menjangka kenaikan harga minyak dan kadar pajakan pesawat yang semakin ketat, memberi tekanan kepada syarikat-syarikat baru, demikian menurut satu laporan hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tony Fernandes memberitahu Financial Times bahawa banyak pelaburan yang dibuat oleh 'mereka yang ketika itu menjangka mudah membuat keuntungan' tetapi kini berdepan dengan suasana operasi yang lebih sukar.
"Saya rasa pelan perniagaan sekarang agak berbeza, dan saya fikir, pasti akan berlaku rationalisasi. Saya rasa ianya tidak dapat dielakkan lagi," demikian beliau dipetik dalam satu wawancara di Singapura.
Ulasan itu dibuat kurang seminggu selepas Valuair dan Jetstar Asia dua syarikat penerbangan tambang murah berpangkalan di Singapura mengumumkan mereka sedang dalam perbincangan yang mungkin membawa kepada perikatan atau penggabungan syarikat tersebut.
Perundingan itu memberi isyarat bahawa industri terbabit, mungkin menghadapi kesukaran selepas mengalami pertumbuhan pesat, serta kemunculan syarikat-syarikat di Asia dan India sepanjang tiga tahun lalu.
Menurutnya, ketika bahan bakar jet pada kadar 25 dollar setong, dengan kadar pajakan pesawat ketika itu, di samping orang melihat Air Asia berkembang maju, maka wujud mentaliti 'mengikut arus', di mana ramai mengejar apa yang mereka ingat peluang mudah membuat wang.
"Saya rasa pelan perniagaan mereka pastinya telah berubah secara drastik apabila harga bahan bakar jet kini berada di paras 75 dollar (setong), ditambah pula dengan peningkatan harga (pajakan) pesawat," katanya.
AirAsia, yang ditubuhkan sebagai syarikat penerbangan tambang murah pada bulan Disember 2001 dengan menggunakan dua pesawat sahaja, kini muncul sebagai syarikat peneraju utama industri bersebut, dan menjadi ikutan syarikat penerbangan kebangsaan dan syarikat baru yang lain.
AirAsia kini merupakan syarikat tambang murah terbesar di Asia Tenggara di segi jumlah pesawat dan sebahagian besar sumber pendapatannya datangnya daripada perniagaan dalam Malaysia. Ia juga beroperasi di Thailand, Filipina dan China.
- AFP

