Chua Jui Meng pilih Sabah lancar kempen rebut jawatan presiden MCA
Naib presiden MCA Datuk Chua Jui Meng telah memulakan kempen bergeraknya di Sabah selama tiga hari untuk mengumpulkan sokongan bagi merebut jawatan presiden parti yang kini disandang oleh Datuk Seri Ong Ka Ting.
Naib presiden MCA Datuk Chua Jui Meng telah memulakan kempen bergeraknya di Sabah selama tiga hari untuk mengumpulkan sokongan bagi merebut jawatan presiden parti yang kini disandang oleh Datuk Seri Ong Ka Ting.
Sejurus selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu hari ini, Chua yang juga bekas Menteri Kesihatan itu memberitahuwartawan, beliau mempunyai acara lawatan yang ketat termasuk berjumpa bahagian MCA di Beaufort, Sipitang, Keningau dan Kota Kinabalu lewat petang ini.
Chua, seorang peguam, dijadual melawat Kudat, Kota Marudu dan Kota Belud esok, sebelum menamatkan kempennya di Sandakan, Tawau dan Lahad Datu pada hari Khamis.
"Beberapa bahagian telah mengaturkan lawatan saya ke tempat ereka...berjumpa dengan ahli-ahli dan perwakilan," katanya.
Menurut laporan Bernama, sekurang-kurangnya empat ketua bahagian MCA di negeri ini dilihat menyambut beliau di lapangan terbang.
Ditanya kenapa beliau memilih Sabah untuk memulakan kempennya, Chua berkata: "Saya mempunyai banyak kawan di sini...kawan baik dan kawan lama."
Serah pada perwakilan
Mengenai bilangan undi yang mungkin diraihnya daripada perwakilan Sabah, Chua yang enggan memberikan jawapan tepat hanya berkata: "Saya serahkan kepada para perwakilan untuk membuat keputusan."
Ditanya tentang keputusan Badan Perhubungan MCA Sabah menyokong Ong yang diumumkan Sabtu lepas, beliau berkata: "Apa yang saya lihat ialah mereka yang menyokong saya masih lagi menyokong saya. Kamu tidak perlu mengatakannya secara terbuka."
Mengenai karismanya secara peribadi di Sabah, Chua berkata karisma beliau adalah di hati para perwakilan.
Pada 1 Julai lalu, Chua mengumumkan keputusannya untuk mencabar Ong dalam pemilihan parti bulan depan dan memberikan lima sebab yang mendorongnya bertanding merebut jawatan itu.
Ong dan timbalannya Datuk Seri Chan Kong Choy dilantik ke jawatan masing-masing oleh jawatankuasa MCA pusat, badan pembuat keputusan tertinggi parti, selepas presidennya pada masa itu Tun Dr Ling Liong Sik dan timbalannya Tan Sri Lim Ah Lek meletakkan jawatan pada 23 Mei 2003.
Sementara itu, Ketua MCA Bahagian Kota Kinabalu, Datuk Chau Tet On berkata beliau belum memutuskan sama ada akan bertanding jawatan anggota jawatankuasa pusat parti ataupun tidak.
"Saya belum membuat keputusan...tunggu dan lihat saja," katanya ketika ditemui di lapangan terbang itu.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.