Mukhriz sambut cabaran berdebat bekas pembantunya
Diterbitkan: Mar 24, 2017 10:22 AM | Dikemas kini: Mar 24, 2017 11:38 AM
Bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir telah menerima cabaran daripada bekas pembantunya untuk debat terbuka atas dakwaan kekayaannya.
Mukhriz, yang juga timbalan presdien Parti Bersatu Pribumi Malaysia (BERSATU) mencadangkan debat itu diadakan pada 29 Mac, lapor New Straits Times.
Mukhriz berkata beliau menerima cabaran perbahasan tanpa syarat, lapor NST.
Bekas pegawai khasnya, Haris Che Mat yang juga timbalan ketua Umno bahagian Pokok Sena, semalam mencabar bekas bosnya itu berdebat bagi menjelaskan keupayaannya menjadi jutawan dalam masa singkat.
Mukhriz mahu debat itu diadakan di Pokok Sena dan bukannya Jerlun seperti yang dicadangkan oleh Haris.

