Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Kadar inflasi bulan Februari melonjak kepada 4.5%
Diterbitkan:  Mar 24, 2017 4:31 PM
Dikemaskini: 8:33 AM

Indeks harga pengguna Malaysia meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh lapan tahun pada bulan Februari iaitu 4.5 peratus, menurut laporan oleh Reuters.

Bagaimanapun, lonjakan tersebut tidak mungkin akan menjurus kepada sebarang perubahan dalam dasar monetari oleh Bank Negara Malaysia.

Kadar inflasi tahunan pada bulan lepas itu adalah yang tertinggi sejak November 2008 setelah ia mencecah 5.7 peratus sebelum menjunam dan mengalami trend bulanan turun dan naik sebelum melonjak ke paras 4.5 peratus pada bulan lalu.

Pada bulan Januari yang lalu, kadar inflasi tahunan ialah 3.2 peratus.

Pakar ekonomi berkata, kenaikan harga bahan api pada bulan Februari dan asas yang rendah ekoran daripada pemotongan kos pengangkutan dari tahun lepas telah menyumbang kepada kadar inflasi yang tinggi pada bulan tersebut.

Inflasi yang semakin meningkat, bagaimanapun, tidak dilihat sebagai membimbangkan bank pusat kerana sebahagian besarnya disebabkan oleh pelarasan harga bahan api domestik, kata Brian Tan.

Tan ialah pakar ekonomi Nomura di Singapura.

"Kami tidak menjangkakan sebarang perubahan kepada dasar kerana adalah jelas mereka kekal agak berhati-hati dengan apa-apa risiko menurun yang berpotensi untuk pertumbuhan, dan mereka tidak mahu terburu-buru terlalu awal," kata Tan.

Semalam, Bank Negara berkata, pihaknya menjangkakan inflasi akan berlegar-legar secara purata antara 3 hingga 4 peratus bagi 2017.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS