Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images

Para hakim hari ini mempunyai kecenderungan untuk mengambil pendirian yang lebih lembut dalam menjatuhkan hukuman terhadap individu yang disabitkan rasuah, kata seorang bekas hakim kanan hari ini.

"Hakim-hakim lembik sebab masyarakat lembik (bertolak ansur terhadap rasuah)," kata bekas hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri Mohd Noor Abdullah kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR).

Mohd Noor, yang kini merupakan ahli lembaga penasihat itu, sebelum ini berkata denda yang dikenakan terhadap individu disabitkan dengan rasuah jauh lebih rendah daripada jumlah rasuah dilakukan.

"Apa dah jadi dengan hakim-hakim kita? Kes rasuah melibatkan wang dihukum dengan denda (dan pesalah) masih boleh untung.

"Hukuman tidak setimpal dengan jenayah itu. Mereka harus dihantar ke penjara," kata Mohd Noor yang bagaimanapun menegaskan bahawa hakim perlu mengambil jalan tengah berdasarkan hujah-hujah pihak pendakwaan dan pembelaan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS