Kes pecat imam, bilal ditangguh kerana kesesakan lalulintas
Perbicaraan kes pemecatan imam dan bilal Masjid Muadz Bin Jabal, Taman Setiawangsa di ibu kota yang dijadualkan hari ini, terpaksa ditangguhkan kerana peguam yang mewakili masjid tersebut tidak sempat hadir kerana terperangkap dalam kesesakan lalulintas.
Perbicaraan kes pemecatan imam dan bilal Masjid Muadz Bin Jabal, Taman Setiawangsa di ibu kota yang dijadualkan hari ini, terpaksa ditangguhkan kerana peguam yang mewakili masjid tersebut tidak sempat hadir kerana terperangkap dalam kesesakan lalulintas.
Menurut peguam plantif, Muhamad Burok (
gambar
), berikutan itu, Hakim Mahkamah Perusahaan, Amin Firdaus Abdullah, telah menjadualkan semula kes itu didengar pada hari Isnin depan.
Kes tersebut pertama kali didengar di mahkamah itu pada 6 April lalu dan kemudiannya dijadual disambung pada jam 2.45 petang ini.
Muhamad Burok berkata, peguam Amli Embong telah menghubungi pihak mahkamah dan beliau sendiri kira-kira jam 3.40 petang tadi, menyatakan beliau tidak sempat hadir kerana terperangkap dalam kesesakan lalulintas di Jalan Ampang.
Muhamad Burok mewakili Wan Samokti Wan Salim (imam) dan Fakhruzzaman Abdul Mutalib (bilal) (
gambar
) yang mendakwa dipecat secara tidak sah oleh Pengerusi Masjid Muadz Bin Jabal, Tajuddin Ibrahim pada 24 Oktober 2004.
Tajuddin bertindak memecat mereka berdua kerana beliau tidak mengiktiraf perlantikan imam dan bilal itu yang dibuat oleh pengerusi sebelumnya, Mohd Nor Maidin. Mereka dilantik pada 31 Disember 1997.
Dalam afidavit tuntutan bersama, mereka mendakwa pihak masjid dengan secara sengaja telah menamatkan perkhidmatan mereka melalui surat bertarikh 24 Oktober 2000.
Jawapan masjid
Mereka juga mendakwa penamatan kerja mereka adalah bukan di atas sebab yang munasabah dan adil serta melanggar kepada prinsip `keadilan semulajadi' dan amalan kerja yang tidak adil dan tidak sah.
Sementara itu, dalam jawapan balasnya, Masjid Muadz Bin Jabal berkata, surat masjid bertarikh 23 Jun 1998, bukan surat perlantikan tetapi pentauliahan dan sokongan masjid untuk mendapat kelulusan dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Masjid menegaskan, surat 29 Julai 1998 bukan surat pelantikan tetapi sebaliknya pemberitahuan keputusan temuduga dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Masjid itu mendakwa kedua-dua mereka tidak pernah membuat permohonan untuk berkhidmat dengan AJK baru walaupun telah diberitahu dan diberi peluang untuk berbuat demikian.
Masjid juga mendakwa perkhidmatan kedua-dua mereka dengan AJK lama berdasarkan pembayaran elaun dan bukan bergaji tetap. Elaun mereka adalah sumbangan ahli kariah yang diuruskan oleh AJK masjid.
Selain itu, perlantikan mereka bukanlah bidang kuasa penuh AJK masjid tetapi tertakluk kepada persetujuan dan kelulusan MAIWP.

