Visi Chua Jui Meng untuk masa depan MCA
Terjemahan 'Politik Baru, Visi Baru, MCA baru' itulah tema manifesto bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Ming yang akan bertanding merebut jawatan presiden dalam pemilihan MCA pada 20 Ogos depan.
Terjemahan 'Politik Baru, Visi Baru, MCA baru' itulah tema manifesto bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Ming yang akan bertanding merebut jawatan presiden dalam pemilihan MCA pada 20 Ogos depan.
Sebagai sebahagian daripada kempennya, Chua mengumumkan manifesto 20 halaman yang menggariskan visinya untuk parti serta pelan induknya meliputi bidang politik, ekonomi, pendidikan dan kebudayaan yang berkaitan dengan masyarakat Cina.
Salah utama perkara signifikan dalam manifesto tersebut ialah untuk mempertingkatkan lagi peranaan Huaren Holdings syarikat pelaburan parti tersebut.
Beliau mencadangkan pewujudan entiti ekonomi yang kukuh yang boleh digunakan oleh MCA sebagai jentera untuk menyokong projek-projek di kalangan masyarakat Cina di Malaysia.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini, Chua berkata, melalui Huaren Holdings, aktiviti ekonomi akan dapat digerak dan dipertingkatkan lagi bagi faedah parti dan masyarakat Cina.
Beliau juga berjanji untuk menstrukturkan semula jawatankuasa disiplin parti itu dan membersihkan senarai keahlian MCA.
Katanya, MCA sepatutnya mencontohi lembaga disiplin Umno yang dianggotai kalangan ahli kanan yang tidak lagi aktif dalam politik bagi memastikan mereka menjalankan tugas secara bebas dan tidak berat.
Pada masa ini, ahli lembaga disiplin MCA dilantik daripada pemegang jawatan tinggi parti seperti pengerusinya Timbalan Presiden Datuk Seri Chan Kong Choy. Ahli lain terdiri daripada dua naib presiden Datuk Dr Fong Chan Onn dan Datuk Dr Chua Soi Lek, Ketua Pemuda Datuk Ong Tee Keat dan Ketua Wanita Datuk Dr Ng Yen Yen.
Budaya tidak sihat
Chua, yang menjadi naib presiden sejak 1990, juga mengkritik budaya meminta jawatankuasa perhubungan MCA negeri supaya membuat pengisytiharan terbuka menyokong pucuk pimpinan sekarang.
"Tidakkah itu juga satu bentuk 'menu' politik?" soalnya, lalu disambutkan tepukan gemuruh para penyokongnya yang hadir.
Ia merujuk kepada tradisi masa lalu di mana pemimpin tinggi parti akan mengeluarkan senarai calon-calon yang disokongnya yang dikenali sebagai 'chai tan' (menu) untuk diundi oleh perwakilan.
Beberapa jawatankuasa perhubungan MCA negeri telah mengisytiharkan sokongan terbuka kepada presiden parti, Datuk Ong Ka Ting sebaik sahaja Chua mengumumkan keputusannya untuk bertanding jawatan tersebut.
Ditanya mengenai kontroversi pengambilalihan Nanyang Press Holdings oleh MCA pada 2001, Chua berkata, adalah tidak adil untuknya mengambil pendirian berlainan daripada apa yang telah diputuskan oleh perwakilan perhimpunan agung tergempar (EGM) berhubung perkara tersebut.
Disiplin dalam parti
"Sebagai ahli dan pemimpin parti, Saya mematuhi keputusan EGM yang telah membuat keputusan (berhubung pengambilalihan itu). Saya perlu mematuhi resolusi tersebut. Inilah yang dikatakan disiplin parti," katanya.
Ditanya sama ada beliau akan mengambil keputusan sebaliknya jika terpilih sebagai presiden parti, Chua menjawab: "Adalah terlalu awal untuk menjawabnya kerana saya belum lagi dipilih."
Pada tahun 2001, Huaren mengambilalih Nanyang Press Holdings, penerbit dua akhbar harian berbahasa Cina Nanyang Siang Pau dan China Press. Tindakan itu mendapat kritikan masyarakat Cina yang bimbang ianya akan menghakiskan kebebasan akhbar.
Ini dipercayai merupakan salah satu punca utama krisis kepimpinan yang membabitkan Team A pimpinan Datuk Seri Dr Ling Liong Sik dan Team B pimpinan Datuk Lim Ah Lek. Team B menentang pembelian Nanyang Holdings.
Pada 24 Jun 2001, EGM diadakan untuk memutuskan perkara tersebut. Team A memang denan majoriti 157 undi. Chua yang bersama Team B menentang secara terbuka pengambilalihan Nanyang itu.
Tahun lalu, beliau tidak dilantik semula menganggotai kabinet walaupun beliau berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Bakri. Tempatnya sebagai Menteri Kesihatan, telah diisi oleh Datuk Dr Chua Soi Lek, dari kumpulan Ong.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.