Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
‘Jika boleh terima sunat, mereka akan terima RUU Hadi’
Diterbitkan:  Apr 6, 2017 6:43 PM
Dikemaskini: 10:49 AM

Beberapa ahli parlimen Islam hari ini melahirkan rasa pelik dengan ketakutan sesetengah masyarakat bukan Islam berhubung cadangan pindaan kepada rang undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Akta 355.

Mereka menimbulkan soalan itu semasa Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) membentangkan usul persendiriannya untuk meminda akta berkenaan.

Baaimanapun, bagi Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (BN-Bagan Serai), beliau percaya perkembangan itu adalah satu petanda bahawa masyarakat bukan Islam semakin menerima amalan atau prinsip agama tersebut.

Mengambil contoh populariti perbankan Islam dan amalan bersunat, katanya, jika ini boleh diterima oleh masyarakat bukan Islam, aspek Islam lain akan diterima akhirnya.

“Sebenarnya, prinsip yang ada pada Bank Islam ini, memang banyak yang disukai oleh orang yang bukan Islam pun. Ramai bukan Islam yang menggunakan perkhidmatan dan prinsip bank Islam.

“Yang kedua amalan yang kita lihat makin lama disukai, ialah berkhatan. Berkhatan ini adalah amalan agama islam.

“Sebagai seorang doktor, saya sudah mengkhatankan banyak bukan Islam. Bukannya nak masuk Islam. Dia kata untuk kebersihan, jadi agama ini (Islam) benda yang bersih. Yang baik rupanya,” katanya.

Menurutnya, jika kedua-dua perkara itu semakin diterima di kalangan bukan Islam, beliau percaya bahawa perkara Islam yang lain - merujuk kepada rang undang-undang Hadi - akan akhirnya mendapat penerimaan.

Noor adalah antara beberapa Ahli Parlimen BN yang mencelah semasa Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) menyampaikan ucapan panjang untuk menyokong usul Hadi.

Antara lain, Takiyuddin berkata bahawa masyarakat bukan Islam tidak membantah apabila Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dipinda pada tahun 1984.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS