Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tak perlu langkah lanjut stabilkan ringgit, kata Johari
Diterbitkan:  Apr 7, 2017 12:10 PM
Dikemaskini: 4:14 AM

Kerajaan tidak akan memperkenalkan langkah-langkah seterusnya untuk membendung pergerakan ringgit seperti yang dilakukannya pada tahun lalu.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani dalam temu bual dengan Bloomberg Television semalam berkata, tiada keperluan untuk mengenakan langkah-langkah seterusnya buat masa ini untuk mengurangkan pergerakan ringgit.

Ini kerana, katanya, jurang antara harga yang disebut luar pesisir dan di pasaran domestik "agak stabil".

"Langkah-langkah kami berjaya," kata Johari yang dipetik di Cebu, Filipina pada majlis perjumpaan pegawai-pegawai kewangan Asia Tenggara.

Beliau berkata, Malaysia "amat komited dengan aliran bebas modal dan dari segi tidak terlibat dalam tambatan atau kawalan mata wang".

Ditanya mengenai kemungkinan langkah-langkah mata wang selanjutnya, katanya kepada Bloomberg, "tidak perlu, tidak perlu, kami puas hati buat masa ini."

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS