Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Solidariti nyalaan lilin untuk mereka yang ‘hilang’
Diterbitkan:  Apr 7, 2017 5:34 PM
Dikemaskini: 9:37 AM

Satu perhimpunan nyalaan lilin akan diadakan esok di Dataran Merdeka untuk menunjukkan solidariti kepada beberapa paderi dan individu yang tidak dapat dikesan dan dipercayai diculik.

“Untuk menunjukkan solidariti kita terhadap mangsa penculikan dan keluarga mereka, kami menjemput anda untuk satu sesi vigil solidariti.

“Kami menjemput semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum dan agama untuk hadir pada Sabtu, 8 April ini, jam 8.30 malam bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur,” kata satu kenyataan media bersama yang dikeluarkan oleh 46 NGO.

Paderi Raymond Koh diculik pada 13 Februari dan polis sedang menyiasat kes itu, manakala Amri Che Mat yang kononnya hilang pada 24 Nov 2016, masih tidak dapat dikesan.

Pasangan lain, paderi Joshua Hilmy dan isterinya Ruth Hilmy, juga dilaporkan hilang sejak 30 Nov, 2016, dan lokasi mereka masih tidak diketahui sehingga hari ini.

“Persamaan mangsa-mangsa penculikan ini adalah, mereka semua menjalankan kerja-kerja amal untuk masyarakat miskin dan terpinggir di negara kita.

“Bukan dari keluarga yang kaya, oleh itu motif penculikan mereka tidak mungkin berunsurkan wang atau tebusan.

“Tiada tuntutan wang tebusan yang dibuat setakat ini dalam kesemua kes tersebut,” kata kenyataan NGO itu yang disediakan oleh Suaram.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS