Tiga terbunuh trak rempuh orang ramai di ibu negara Sweden
Tiga orang terbunuh apabila sebuah trak merempuh orang ramai dan sebuah kedai di pusat bandar Stockholm, Sweden semalam, kata polis.
Perdana Menteri Stefan Löfven berkata ia menunjukkan petanda insiden itu adalah serangan pengganas, lapor agensi berita nasional TT.
Sebahagian daripada pusat Stockholm telah dikepung dan dikosongkan. Ramai anggota polis dan anggota bantuan kecemasan berada di tempat kejadian.
"Saya nampak sekurang-kurangnya tiga orang mati, tetapi mungkin lebih," kata wartawan Radio Sweden, Martin Svenningsen.
TT melaporkan polis mengesahkan tiga kematian.
Seorang saksi Reuters nampak beberapa bentuk seperti badan ditutup dengan selimut di tempat kejadian.
Beberapa serangan di mana trak atau kereta merempuh orang ramai telah berlaku di Eropah pada tahun lepas. Al-Qaeda pada tahun 2010 menggesa pengikutnya menggunakan trak sebagai senjata.
Di London pada 22 Mac tahun lalu, seorang lelaki dalam sebuah kereta merempuh pejalan kaki di Westminster Bridge, membunuh empat orang, dan kemudian menikam seorang anggota polis hingga mati sebelum ditembak oleh polis.
IS mengaku bertanggungjawab ke atas serangan di Nice, Perancis, Julai lalu, apabila sebuah trak merempuh dan membunuh 86 orang yang menyambut Hari Bastille, dan satu lagi di Berlin pada bulan Disember, apabila sebuah trak merempuh pasar Krismas, membunuh 12 orang.
- Reuters [Baca berita penuh]
Sementara itu, menurut Kementeria Luar Negeri Malaysia,
pihak berkuasa tempatan masih belum mengumumkan kewarganegaraan mangsa-mangsa yang terlibat dalam serangan tersebut. Sehingga kini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut.
Kedutaan Malaysia di Karlavagen 37 menasihati rakyat Malaysia supaya melaporkan kepada Kedutaan keadaan mereka dan supaya mengelakkan jalan-jalan yang sibuk di Stockholm.
Untuk sebarang maklumat kecemasan atau pertanyaan lanjut, sila hubungi pejabat-pejabat berikut:
I. Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm: +46 (8) 440 8400; atau
II. Bilik Operasi Kementerian Luar Negeri : 603-88874570/ 60388892746
Kementerian Luar Negeri merakamkan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga mangsa yang terkorban dan yang telah cedera dalam insiden itu.

