Letupan gereja di Mesir korbankan 25 orang
Sebuah letupan menggegarkan gereja Koptik di Mesir, semalam sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh dan 60 cedera, memetik laporan Reuters.
Dengan tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas letupan itu dengan ia berlaku hanya seminggu sebelum Coptic Easter dan dalam bulan yang sama Pope Francis dijadual melawat Mesir.
Pengeboman di bandar bernama Tanta yang terletak kurang daripada 100 kilometer di luar Kaherah seakan-akan memperlihatkan peningkatan serangan ke atas Kristian.
Pada bulan Februari, keluarga dan pelajar Kristian melarikan diri dari wilayah utara Sinai Mesir secara beramai-ramai selepas militan Daesh memulakan beberapa siri pembunuhan.
Saksi dalam tragedi letupan menyifatkannya sebagai kejadian pembunuhan beramai-ramai.

