Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Takiyuddin, Nasruddin dicalon sebagai naib presiden PAS
Diterbitkan:  Apr 11, 2017 11:25 AM
Dikemaskini: 3:29 AM

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dan Ketua Penerangan Nasrudin Hassan dicalonkan sebagai naib presiden PAS dalam muktamar pemilihan parti itu hujung bulan ini.

Selain nama baru itu, penyandang Idris Ahmad, Mohd Amar Abdullah dan Iskandar Abdul Samad turut mendapat pencalonan cukup untuk mempertahankan kerusi masing-masing.

Bagaimanapun, Takiyuddin dan Nasrudin turut dicalonkan sebagai anggota jawatankuasa pusat bersama 38 lagi orang.

Jika menerima pencalonan, ketua-dua pemimpin ini dilihat bakal memberikan saingan sengit, berdasarkan latar belakang dan populariti masing-masing.

Sementara itu, saingan di peringkat jawatankuasa pusat pula tidak kurang hebatnya apabila ramai pemimpin-pemimpin popular dicalonkan akar umbi parti itu.

Ini termasuk Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Haji Mustafa Ali, Pengarah Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Zuhdi Marzuri, Ketua Pemuda Nik Abduh Nik Aziz dan pemimpin veteran parti itu Datuk Wan Abdul Muttalib Embong.

Pemilihan kali ini bagaimanapun tidak sepanas dua tahun lalu apabila berlaku pertembungan antara kem Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Mohamad Sabu ketika itu.

Ia ketika itu memperlihatkan bagaimana Mohamad dan sekumpulan pemimpin kanan PAS ditolak beramai-ramai oleh kumpulan proulama dalam parti itu.

Kumpulan itu kemudian membentuk parti Islam baru, Parti Amanah Negara (AMANAH) yang mahu menerapkan pendekatan agama yang lebih terbuka, termasuk memberi keanggotaan penuh kepada bukan Islam.

Calon-calon yang menerima pencalonan dikehendaki menyatakan penerimaan sebelum 17 April ini.

Lihat Komen
ADS