Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Malaysia di tangga ke-10 laksana hukuman mati
Diterbitkan:  Apr 11, 2017 12:10 PM
Dikemaskini: 4:40 AM

Malaysia berada di tangga ke 10 di dunia yang melaksanakan hukuman mati, menurut laporan Amnesty International.

Malaysia melaksanakan hukuman mati terhadap sembilan individu, manakala sekurang-kurangnya 36 yang lain dijatuhi hukuman berkenaan tahun lepas.

Iran menduduki tempat kedua dengan 567 hukuman mati, diikuti oleh Arab Saudi (154), Iraq (88), Pakistan (87), Mesir (44), Amerika Syarikat (20), Somalia (14) dan Bangladesh (10).

China mendahului tempat pertama sebagai negara yang melaksanakan hukuman mati, namun Amnesty tidak dapat menerbitkan anggaran kerana ia merupakan rahsia negara.

"China masih belum menyiarkan angka hukuman mati. Walau bagaimanapun, maklumat yang ada menunjukkan beribu-ribu orang sedang menghadapi dan dijatuhi hukuman mati di China setiap tahun," kata laporan itu.

Laporan Amnesty memetik jawapan di Dewan Rakyat yang menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 1,042 orang berdepan hukuman mati pada 2016.

Kerajaan pada Mac mengumumkan bahawa ia sedang mengkaji semula hukuman mati mandatori bagi kesalahan dadah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said bagaimanapun berkata kabinet belum membincangkan sama ada untuk mengenakan moratorium ke atas hukuman mati.

Lihat Komen
ADS