Dr Ng: Pemilihan jawatan utama Wanita MCA secara konsensus
Beberapa jawatan utama dalam pergerakan Wanita MCA akan ditentukan melalui konsensus, kata Ketua Wanita MCA, Datuk Dr Ng Yen Yen.
Beberapa jawatan utama dalam pergerakan Wanita MCA akan ditentukan melalui konsensus, kata Ketua Wanita MCA, Datuk Dr Ng Yen Yen.
"Saya tidak jamin yang semua 31 jawatan dalam wanita MCA 25 ahli jawatankuasa, empat naib presiden, ketua dan timbalannya akan menang tanpa bertanding, tetapi beberapa jawatan utama tidak akan ada pertandingan," katanya.
Menurutnya beliau akan mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua wanita negeri MCA Jumaat ini bagi membincang dan mengkaji pasukan pimpinan Wanita MCA yang akan dipilih dalam pemilihan parti Ogos ini.
"Saya percaya, Wanita MCA mempunyai pemimpin yang berkeupayaan bagi setiap jawatan dan bidang yang ditentukan," kepada pemberita selepas merasmikan majlis makan malam tahunan ke-112 KuSu Shin Choong Hung dan Pertandingan Memasak Sedunia di sini, malam ini.
Menurut laporan Bernama, beliau berkatajawatan-jawatan penting, seperti ketua, timbalannya serta setiausaha perlu disandang oleh kalangan mereka yang berpengalaman dalam politik, berkeupayaan serta mempunyai sifat kepimpinan.
"Saya percaya MCA Wanita akan berjaya menghasilkan barisan kepimpinan tersebut," katanya semasa ditanya pandangannya tentang hasrat Ketua Wanita MCA Selangor, Chew Mei Fun yang dilaporkan bercadang bertanding jawatan Timbalan Ketua Wanita MCA.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.